6 Mei 2016


Pelajar lelaki 14 tahun yang putus tangan kanan akibat tersangkut pada tali kipas mesin pam air di sebuah ladang ayam di Sungai Bayor, Selama baru-baru ini mendakwa dipukul dengan objek keras di kepala sehingga pengsan sebelum kejadian tersebut.

Menurutnya, dia menerima pesanan ringkas itu kira-kira pukul 11.00 malam iaitu ketika dia mahu tidur.

“Saya pergi ke tempat yang dijanjikan iaitu di kawasan ladang ternakan ayam dengan menaiki motosikal lebih kurang pukul 11.30 malam namun saya dapati tiada sesiapa di situ.

“Ketika mahu berpatah balik, saya ditarik oleh seseorang sehingga terjatuh dari motosikal dan kepala saya dipukul dengan objek keras lalu tidak sedarkan diri.

“Saya tidak dapat mengecam siapa yang memukul saya kerana kawasan itu gelap, tapi susuk tubuhnya bukanlah sebaya saya, ia kelihatan seperti orang dewasa,” katanya ketika ditemui di Hospital Selama di sini hari ini.

Keadaan Mohd. Syafiq semakin stabil dan dirawat di Hospital Selama sejak dua hari lalu setelah sebelum ini dirawat di Hospital Taiping.

Menurutnya, dia tidak bermusuh dengan sesiapa malah baik dengan semua orang.

Katanya, di sebalik kejadian itu, semangatnya untuk belajar tidak pernah hilang dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.

‘‘Saya tidak sabar untuk pulang ke rumah,” katanya.

Sementara itu, bapa Mohd. Syafiq, Mohd. Rosdi Mat Shohor,45, berkata, dia telah dimaklumkan oleh anaknya itu mengenai pesanan ringkas yang diterimanya yang mungkin ada kaitan dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Namun, katanya, ketika memeriksa telefon bimbit anaknya, pesanan ringkas yang dikatakan itu didapati sudah dipadamkan.

“Saya telah membuat laporan polis mengenai perkara ini dan polis akan mengambil keterangan daripada anak saya apabila keadaannya stabil,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!