19 Mei 2016


Bekas suami Fasha Sandha, Rizal Ashram Ramli menafikan dakwaan beliau kerap menceroboh kediaman dan mengganggu kehidupan aktres tersebut selepas mereka bercerai pada Januari lalu.

Rizal atau lebih dikenali de­ngan panggilan Jejai terkejut dengan laporan akhbar semalam dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memalukan dirinya.

“Saya amat terkejut kerana apa yang dilaporkan itu tidak benar sama sekali. Saya juga telah berjumpa dengan peguam untuk meminta nasihat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memalukan saya,” katanya ketika menghubungi Kosmo! semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan Fasha, 32, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini pada Isnin lalu kerana mendakwa tidak tahan diganggu oleh bekas suaminya itu yang kerap memasuki kediamannya tanpa kebenaran selain memantau pergaulan pelakon Cicak Man 3 itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!