27 Mei 2016


Satu rakaman klip video yang menunjukkan guru-guru dan murid-murid di sebuah sekolah kebangsaan di sini mengadakan latihan bertepuk tangan selama lima minit telah tersebar menerusi laman sosial YouTube sejak semalam.

Latihan bertepuk tangan pada perhimpunan pagi itu dipercayai dibuat berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin kepada semua guru di negeri ini.

Beliau didakwa mengeluarkan arahan itu menerusi WhatsApp selepas guru-guru tidak memberikan sebarang reaksi dengan memberikan tepukan bergemuruh pada sambutan Hari Guru peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman di sini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, ketika mengulas mengenai kejadian tersebut, Shafruddin mengaku memberi arahan itu dalam kumpulan WhatsApp yang dianggotai oleh pengurusan kanan Jabatan Pendidikan negeri dan sebahagian guru besar dan pengetua sekolah di Terengganu

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!