13 Mei 2016


Dakwaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telefonnya dicuri dengar dan pergerakannya dipantau anggota Cawangan Khas merupakan satu salah faham.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan TMJ bagi menjelaskan isu tersebut.

“Saya sudah menghadap Tunku Mahkota Johor di Johor Bahru pagi tadi (semalam) bagi menjelaskan perkara sebenar dalam pertemuan selama sejam itu.

“Berlaku sedikit salah faham dan saya sudah jelaskan. Tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pembe­rita selepas menyaksikan Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2016 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini semalam.

Kelmarin media melaporkan TMJ tidak senang de­ngan tindakan polis yang didakwa memantau pergerakan baginda dan Sultan Johor termasuk mencuri dengar perbualan telefon.

Dakwaan mengejutkan itu dinyatakan Tunku Ismail dalam satu wawancara yang dimuat naik ke laman rasmi Facebook kelab bola sepak milik baginda, Johor Southern Tigers.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!