6 Mei 2016


Amy Search akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung dakwaan salah seorang anggota kumpulan Search yang mendakwa isterinya pecah amanah serta bersikap kurang wajar mengenai urusan Konsert 35 Tahun Search pada 30 Ogos ini.

Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad yang mendakwa perkara itu turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini petang kelmarin.

Yazit mendakwa, isteri Amy, Norhasniza Hassan bukan sahaja dikatakan pecah amanah bahkan memaki hamun dia apabila di­tanya mengenai urusan bayaran pendahuluan untuk konsert berkenaan.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 57, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya akan mengadakan satu sidang akhbar dalam masa terdekat.

“Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa ini. Satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat untuk menjawab segala pertuduhan dan pertanyaan yang dilemparkan.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!