11 Mei 2016


Golongan muda masyarakat Kemboja yang menetap di sini menjadikan habuk emas sebagai punca pendapatan utama apabila memprosesnya menjadi jongkong emas tulen.

Semua proses dijalankan secara kecil-kecilan di perkampungan mereka di Bunga Emas, Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini.

Hasil habuk emas itu, mereka mampu memperoleh RM600 untuk sekali proses apabila menjual jongkong emas tulen itu kepada tauke emas di sekitar bandar ini.


Walaupun prosesnya agak rumit iaitu mengambil masa dua hari, habuk emas yang dianggap ‘tidak berguna’ oleh individu tertentu sangat berfaedah kepada mereka.

Pembuat emas, Mohd Sanawi Mohd Mansor, 32, berkata, dia menempa emas sejak empat tahun lalu dan mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM600 untuk sekali proses.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!