12 Mei 2016


Seorang remaja membuat penemuan mengejutkan apabila menjumpai sebuah kota purba Maya di Mexico dengan hanya mengkaji bintang di dalam bilik tidurnya di Saint Jean de Matha di Kanada.

Menurut portal Mail Online, William Gadoury, 15, menemukan kota tersebut di Semenanjung Yucatan yang terletak kira-kira 3,540 kilometer dari rumahnya dengan cara membandingkan imej dari Agensi Angkasa Kanada dan Google Maps.

Remaja lelaki itu memutuskan untuk melakukan pencarian di lokasi tersebut menggunakan teori bahawa kaum Maya membina penempatan berdasarkan kumpulan buruj bintang.

Gadoury sebelum itu mengkaji 117 lokasi kota Maya dan menemukan hubung kait antara semua lokasi tersebut dengan bintang.

Pada mulanya, Gadoury membandingkan 23 kota yang telah dijumpai dengan pelbagai bentuk buruj dan ketika mengkaji buruj terakhir, dia menemukan tiga bintang, tetapi hanya menjumpai dua kota sahaja.

Remaja tersebut kemudian memulakan pencarian kota yang hilang itu menggunakan peta dalam talian serta imej satelit sebelum berjaya menemukan kawasan berbentuk geo­metri di hutan tersorok di Mexico.

Untuk mengesahkan penemuan tersebut, Gadoury menghubungi Dr. Armand LaRocque dari Universiti New Brunswick yang percaya kota yang ditemui olehnya merupakan kelima terbesar dalam sejarah kaum Maya.

Portal Montreal Journal me­laporkan, kota lama dijumpai Gadoury itu menempatkan sebuah piramid setinggi 86 meter dan 30 bangunan.

“Apabila Dr. Larocque membe­ritahu tentang penemuan piramid dan 30 bangunan itu pada Januari lalu, saya sangat terkejut. Saya tidak faham cara pemikiran kaum Maya yang membina bandar mereka jauh dari sungai, pinggir hutan dan di bukit,” kata Gadoury.

“Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri kerana kaum itu sangat memuja bintang. Saya tidak menyangka usaha saya selama ini membawa kepada penemuan antara kota terbesar Maya,” kata Gadoury.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!