5 Mei 2016


RM15,900. Itu harga yang perlu dibayar untuk kek dua tingkat seberat 12 kilogram.

Bagaimanapun, kek semahal itu yang dihasilkan eksklusif untuk sebuah syarikat tudung terkenal di Lembah Klang menerima kejutan daripada orang ramai sehingga ada yang mempertikaikan harganya walaupun secara kasar ia nampak ringkas dan sederhana.

Pembuat kek itu, Anne Idris, 35, berkata, kek seberat 12 kilogram ditawarkan pada harga berkenaan kerana disusun dengan 5,000 batu swarovski pelbagai jenis.

“Memang saya tahu ada yang pertikaikan harganya tetapi bukan senang untuk saya hasilkan kek itu yang digunakan untuk peraduan jenama tudung itu.

“Saya berasa sangat teruja selepas berjaya menyiapkan kek itu dalam masa tiga hari dengan empat tenaga kerja,” katanya ketika ditemui di kilang membuat kek itu di sini, semalam.

Menurut Anne, dia juga menggunakan dua botol warna untuk mendapatkan warna biru yang diinginkan pelanggan dengan tiga botol pengilat bagi menaikkan seri kek itu.

“Pembuatan kek ini memang menguji kesabaran saya dan pekerja kerana pelanggan menitikberatkan ketelitian reka bentuk kek.

“Sudah pasti apabila pelanggan sanggup mengeluarkan belanja tinggi untuk kek yang diinginkan, bebanan kami itu juga tinggi.

“Saya juga perlu memastikan rasa mewah kek iaitu menggunakan resipi coklat Amerika kekal dan disukai pelanggan,” katanya.

Katanya, bentuk ikan yang diletakkan di atas kek itu dibuat dalam masa enam jam untuk kelihatan menarik.

“Itu juga memerlukan ketelitian tinggi kerana saya perlu pastikan ia menjadi bentuk ikan sebenar.

“Kekemasan yang tinggi memang menjadi perhatian setiap pembuat kek sehingga mampu memberi tekanan emosi jika bentuk tidak menjadi,” katanya.

Berkebolehan dalam pembuatan kek selama 10 tahun, anak kelahiran Taiping, Perak ini juga memberitahu, dia selalu mendapat tempahan daripada golongan kenamaan dan selebriti.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!