10 Mei 2016


Petani di Thailand yang terjejas akibat kemarau menerima sedikit berita baik semalam apabila dua ekor lembu yang dianggap suci meramalkan nasib mereka akan berubah apabila musim hujan tiba tidak lama lagi.

Ramalan itu dilakukan ketika pesta membajak tanah, satu upacara purba bagi menandakan permulaan musim menanam padi.

Ketika perayaan itu, lembu suci yang mesti mematuhi ciri fizikal yang ketat dan berkelakuan baik diberi beberapa mangkuk yang mengandungi pelbagai jenis makanan.

Dalam upacara semalam yang diketuai Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn, dua lembu itu memilih untuk memakan beras, bijan, rumput kering dan meminum air serta arak.

Jabatan haiwan Thailand berkata, kombinasi makanan yang dipilih itu menunjukkan air mencukupi, tanaman subur dan perdagangan asing yang lebih baik pada tahun depan.

Lembu itu membuat ramalan positif yang sama pada tahun lalu tetapi ramalan berkenaan langsung tidak tepat.

Pada tahun ini, seperti di kebanyakan kawasan di wilayah Mekong, kemarau paling buruk melanda dalam tempoh beberapa dekad..

Kerana tidak boleh menanam padi, ramai petani semakin dihimpit dengan bebanan hutang.

Ribuan penduduk kampung di timur laut Thailand terpaksa bergantung kepada bekalan air yang dibawa lori tangki selepas sungai dan tasik tadahan air kering.

Musim hujan biasanya bermula pada Mei dan sampai ke kemuncaknya pada Ogos dan September.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!