6 Mei 2016


Isu permohonan tanah seluas kira-kira 40.5 hektar di kawasan Pokok Sena di sini menjadi punca Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tawaran penajaan sebanyak RM30 juta daripada syarikat kosmetik, D’Herbs Healthy (M) Sdn. Bhd. (D’Herbs).

Menurut sumber, ta­nah yang dipohon syarikat D’Herbs milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman itu sebenarnya milik kerajaan negeri dan mempunyai nilai lebih tinggi daripada jumlah tajaan tersebut.

Katanya, permintaan untuk mendapatkan tanah itu yang terkandung dalam perjanjian penajaan skuad Helang Merah telah dikemukakan oleh syarikat kosmetik tersebut pada awal April lalu.

“Pada awalnya, pihak D’Herbs menyatakan perjanjian berhubung penajaan itu adalah tanpa syarat. Namun pada awal April lalu, syarikat tersebut memohon tanah seluas 40.5 hektar.

“Permohonan itu telah menyebabkan KFA sukar untuk menerimanya kerana ia adalah di luar kemampuan persatuan memandangkan ta­nah itu milik kerajaan ne­geri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!