19 Mei 2016


Seorang pemain golf maut selepas kereta golf yang dinaikinya terbalik ke dalam parit sedalam kira-kira satu meter di Kelab Golf Port Dickson di sini petang semalam.

Mangsa, Abdul Ghafar Mohamad Ali, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Port Dickson dalam kejadian pada pukul 5 petang itu.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sewaktu kejadian dia terlihat kereta golf Abdul Ghafar berada dalam parit dan meminta bantuan orang ramai menariknya keluar.

“Mereka yang membantu cuba menariknya keluar dengan segera. Selepas lima minit baru buggy itu dapat diangkat dan mengeluarkan Abdul Ghafar yang berada dalam keadaan berselut.

“Saya diberitahu kepalanya terbenam dalam lumpur. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Port Dickson namun pegawai perubatan mengesahkan dia telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!