5 Mei 2016


Mahkamah Rayuan Itali memutuskan perbuatan ‘mencuri’ sedikit makanan atas alasan kelaparan bukan satu perbuatan jenayah.

Menurut portal BBC, keputusan itu merujuk kepada kes membabitkan seorang gelandangan, Roman Ostriakov yang didakwa mencuri keju serta sosej bernilai AS$4.50 (RM18.60) dari sebuah pasar raya di Genoa, di sini pada 2011.

Bagaimanapun, dakwaan terhadap Ostriakov digugurkan selepas tertuduh memberitahu mahkamah, dia terdesak dan kelaparan ketika mencuri makanan tersebut.

Ketika kejadian, seorang pe­langgan melaporkan kepada pengawal keselamatan pasar raya terbabit selepas melihat tertuduh menyorokkan dua keping keju dan sepeket sosej di dalam poket.

Tahun lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak AS$114.84 (RM457.10) terhadap Ostriakov atas kesalahan mencuri.

Kes membabitkan gelanda­ngan itu bagaimanapun dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Ostriakov memohon agar hukuman ber­kenaan diringankan.

Akhbar La Stampa melaporkan, keputusan hakim itu dibuat berdasarkan kepada ‘hak untuk terus hidup di sebalik kemiskinan’.

Dengan kesukaran disebabkan situasi ekonomi semasa, hakim mengingatkan semua pihak bahawa di sebuah negara yang bertamadun, tiada siapa yang patut dibiarkan kelaparan.

Berdasarkan alasan berkenaan, mahkamah memutuskan, mencuri makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi memenuhi ke­perluan untuk terus hidup bukannya satu jenayah.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!