12 Mei 2016


Polis China merampas kira-kira 1 tan obor-obor buatan manusia yang kini tersenarai sebagai makanan tiruan terbaharu di negara tersebut.

Obor-obor palsu itu dihasilkan menggunakan bahan-bahan kimia dan di­percayai mengandungi kan­dungan alu­minium tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan.

Pengambilan makanan ti­ruan itu dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kerosakan tulang, saraf, hilang ingatan dan kemerosotan mental.

Lazimnya, obor-obor akan disiang sebelum dicampurkan garam, cuka dan gula untuk dijadikan sebagai makanan pembuka selera popular di negara itu.

Penemuan pertama obor-obor tiruan di China dibuat di sebuah pasar jualan makanan di bandar Huzhou, Wilayah Zhejiang.

Pemerintah tempatan mem­beritahu, pembekal di Jiangsu turut didapati menjual lebih daripada 10 tan obor-obor tiruan itu yang bernilai 170,000 yuan (RM105,120) sebelum mereka diberkas anggota penguat kuasa.

Seramai enam suspek lagi ditahan dalam dua serbuan untuk membantu siasatan.

China terdedah kepada ancaman keselamatan makanan ekoran sikap segelintir ahli perniagaan dan pegawai kerajaan yang meletakkan keuntungan sebagai keutamaan.

Tahun 2008 menyaksikan beberapa bayi meninggal dunia manakala ribuan lagi jatuh sakit akibat minum susu tepung yang dicampur bahan kimia.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!