5 Mei 2016


TAIWAN: Seorang pemandu bas yang berjaya menghalang seorang lelaki muda daripada terus mencabul seorang pelajar perempuan dan malah membantu polis menangkap pelakunya, dianggap sebagai wira oleh penumpang dan netizen. 

Pemandu bas awam tempatan itu menjadi terkenal selepas video keseluruhan insiden yang dirakam menjadi viral dan laman berita melaporkan kejadian itu baru-baru ini. 

Tindakan mencurigakan seorang lelaki muda meraba pelajar dari belakang menarik perhatian pemandu yang sedang menunggu penumpang berbaris untuk menaiki bas. 

Pemandu kemudian segera menepuk bahu pelaku, bertanya apa yang cuba dilakukannya. Pelaku yang terpinga-pinga menjadi pucat dan menafikan mencabul gadis terbabit. 

Ketika cuba melarikan diri, pemandu mengarahkannya berada dalam bas dan memaklumkan gadis itu beliau akan melindunginya. Pencabul kemudian diserahkan kepada polis selepas menghubungi pihak berkuasa.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!