24 Mei 2016


Lebih empat juta pengundi di Tajikistan menyokong pindaan Perlembagaan negara ini yang membolehkan Presiden, Emomali Rakhmon terus berkuasa sepanjang hayat.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC) memaklumkan, keputusan pungutan suara yang diadakan semalam menyaksikan sebanyak 94.5 peratus pengundi menyokong pindaan artikel 40 Perlembagaan Tajikistan, dan hanya 3.3 peratus menentang.

Pindaan Perlembagaan itu turut menghapuskan had tempoh pemerintahan Emomali, selain mengurangkan had umur minimum bagi seorang calon Presiden dari 35 tahun kepada 30 tahun, di samping mengharamkan parti politik berasaskan agama.

Emomali, 63, telah memerintah Tajikistan hampir 25 tahun selepas berkuasa di negara bekas Kesatuan Soviet ini sejak 1992.

Pindaan berkenaan dilapor hanya terpakai untuk Presiden itu yang dianugerahkan gelaran ‘Pemimpin Negara’ oleh Parlimen Tajikistan pada tahun lalu.

Pada masa sama, beliau dan keluarganya kebal daripada pertuduhan jenayah.

Perubahan kepada had umur calon Presiden pula, dilihat bakal membuka jalan kepada anak Emomali, Rustam, 28, untuk menggantikan bapanya lebih awal.

Kebanyakan penduduk menyatakan sokongan terhadap Emomali yang berjaya mengeluarkan negara ini daripada krisis perang saudara selama lima tahun pada 1992, kurang setahun selepas mencapai kemerdekaan.

“Presiden mengembalikan keamanan. Beliau menamatkan perang dan patut memerintah negara ini selagi mampu,” kata seorang pengundi, Nazir Saizoda, 53

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!