10 Mei 2016


Perdana Menteri India, Narendra Modi dipaksa menunjukkan ijazah miliknya, beberapa hari selepas pesaing politik menuduh beliau menipu mengenai menamatkan pengajian di universiti. 

Menteri Kewangan, Minister Arun Jaitley dan pemimpin parti pemerintah, Amit Shah dalam satu sidang akhbar mengeluarkan satu salinan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Ijazah Sarjana dan menuduh pembangkang cuba melancarkan kempen memburuk-burukkan Modi. 

Presiden Parti Bharatiya Janata (BJP) Shah menuntut pemimpin Parti Aam Admi (AAP) Arvind Kejriwal memohon maaf kerana menyebarkan penipuan mengenai perdana menteri, ketika pertikaian politik berhubung ijazah berkenaan memuncak. 

"Jika anda (Kejriwal) tidak mempunyai sebarang bukti, bagaimana anda boleh membuat dakwaan sebegitu? "Anda cuba menyebarkan fitnah. 

Anda mesti memohon maaf secara terbuka kepada seluruh negara," kata Shah Ketua Menteri Delhi, Kejriwal, yang juga musuh tradisi Modi, minggu lalu menuduh Perdana Menteri berbohong mengenai menamatkan pengajian di Universiti Delhi dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan memperoleh Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Gujarat. 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!