10 Mei 2016


Selepas menanti selama 21 tahun, seramai 78 bintang bola sepak tanah air mendapat ‘pengampunan’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas dibebaskan sepenuhnya daripada penggantungan akibat skandal rasuah dan mengatur perlawanan pada tahun 1994 hingga 1995.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Integriti pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.

Katanya, penarikan hukuman penggantungan itu akan berkuat kuasa serta-merta sekali gus membolehkan semua bintang Liga Perdana pertengahan tahun 90-an itu kembali bergiat aktif sama ada sebagai jurulatih atau pegawai pasukan bola sepak.

Bagaimanapun, katanya, FAM memutuskan untuk me­lakukan perbincangan dengan pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai status enam lagi pemain yang telah digantung seumur hidup sebelum ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!