20 Mei 2016


Program pakej pelancongan umrah yang akan membolehkan jemaah umrah melancong di Arab Saudi tidak berjalan lancar apabila pihak berkuasa tetap mengehadkan lawatan jemaah ke Makkah dan Madinah sahaja.

Sumber industri pelancongan Saudi berkata: “Jabatan Pasport serta Kementerian Haji dan Umrah tidak membenarkan jemaah keluar dari sempadan Dua Masjid Suci.”

Desakan beberapa pelabur dalam sektor umrah supaya kementerian memudahkan prosedur tidak diendahkan.

“Jabatan Pasport menyuarakan kebimbangan jemaah akan mengambil kesempatan tinggal melebihi had waktu ditetapkan jika dibenarkan bergerak ke lokasi lain di negara ini.

“Namun, pelabur sektor berjanji akan bertanggungjawab melaporkan kejadian seperti itu.

“Jawatankuasa Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi mesti melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Program pelancongan umrah boleh menjadi sumber pendapatan yang baik dan membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap minyak sebagai sumber utama pendapatannya.

Penolong Pengarah Jabatan Pasport bagi Hal Ehwal Umrah, Mejar Jeneral Khalid Fahad Al-Ju’aid berkata, usaha kini dilakukan untuk mewujudkan sistem elektronik bagi melaksanakan program terbabit.

Dia menegaskan betapa pentingnya jemaah meninggalkan negara itu sebaik tamat program pelancongan mereka.

“Jika tidak mereka dan syarikat yang mengendalikan umrah boleh dikenakan penalti,” katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!