26 Mei 2016


“Ada tangga dalam, kau lalu luar, kau saja nak glamorkan aku, aku belum (disabitkan) salah lagi.”

Itu antara kata-kata yang dilemparkan oleh seorang pekerja sebuah kedai aksesori kereta di sini yang berang gambarnya dirakam oleh media ketika polis membawa masuk tertuduh me­lalui tangga hadapan Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh Shalihoddin Azman, 34, dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan kerana memiliki sepucuk pistol dan peluru hidup tanpa kebenaran ketika memandu kereta jenis Ford Ranger milik penyerang pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada pertengahan bulan ini.

Shalihoddin bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah terhadap kedua-dua perutuduhan selepas dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!