24 Mei 2016


Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaannya bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah dikenakan tahanan rumah.

Beliau berkata dakwaan bekas perdana menteri itu adalah "palsu dan jahat". 

Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu mengambil perhatian bahawa beberapa portal berita telah melaporkan tentang perkara itu.

Katanya, Dr Mahathir mendakwa tahanan rumah itu bertujuan menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menerima tandatangan 1.4 juta rakyat yang beliau (Dr Mahathir) dakwa telah dikumpulkan.

"Dengan menuduh kerajaan mengenakan tahanan rumah ke atas Seri Paduka, Tun Mahathir bersikap keterlaluan, melampaui batas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau turut menyelar Dr Mahathir berhubung cubaannya melibatkan raja berperlembagaan dalam politik, serta politik partisan untuk kepentingannya.

Tunku Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir itu telah menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam, dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap bekas perdana menteri itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!