19 Mei 2016


Tindakan melampau dan dipercayai berunsur vandalisme. Itu yang berlaku apabila kawasan taman permainan kanak-kanak di Taman Bandar Baru Bangi di sini, terbakar mendadak semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, api marak memusnahkan hampir keseluruhan alat permainan di taman itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.28 petang sebelum mengerahkan jentera dan enam anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, api didapati membakar hampir 70 peratus peralatan di taman permainan itu sebaik jentera bomba tiba.

“Anggota bomba menggunakan saluran hos air sepanjang 60 meter untuk memadam api kebakaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, api dipadamkan dalam tempoh kurang 15 minit.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur khianat.

“Anggota forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian,” katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!