5 Mei 2016


Persa­tuan Bola Sepak Kedah (KFA) membuat keputusan menolak tawaran penajaan berjumlah RM30 juta daripada syarikat kosmetik D’Herbs Healthy (M) Sdn. Bhd. (D’Herbs) berikutan terma perjanjian yang dikemukakan sukar untuk dipenuhi.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya mengambil keputusan tersebut selepas meneliti tawaran penajaan ­D’ Herbs pada 27 April lalu.

“KFA membuat keputusan untuk tidak meneruskan run­dingan perjanjian tersebut.

“Keputusan ini adalah muktamad dan kita tidak bercadang untuk membuat sebarang rundingan lagi,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman di sini semalam.

Kata beliau, terma perjanjian berkenaan sukar untuk dipenuhi kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya KFA.

“KFA hanyalah sebuah persatuan. Draf (perjanjian) tersebut adalah merujuk kepada pihak kerajaan negeri dan persatuan tidak boleh membuat keputusan mengenainya.

“Kebanyakan terma boleh kita terima seperti aspek promosi, namun terdapat satu dua perkara yang sukar kita penuhi kerana ia di luar bidang kuasa kita,” ujarnya yang enggan mendedahkan terma perjanjian tersebut secara terperinci.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!