6 Mei 2016


Agensi Perkhidmatan Maklumat Mesir mendakwa siri kartun ‘Tom and Jerry’ telah menggalakkan keganasan serta mengajar kanak-kanak membunuh selain menjadi punca kepada perkembangan kumpulan militan IS.

Ketuanya, Salah Abdel Sadek seperti dipetik Dailymail.co.uk ber­kata, kartun itu termasuk per­mainan video dan filem yang berkaitan juga telah menyemarakkan unsur keganasan dan ekstremisme dalam kalangan negara-negara Arab ketika ini.

Dakwa beliau, siri kartun itu telah menjadikan aspek keganasan sebagai sebahagian daripada kehidupan.

Menurut agensi berita Egyptian Streets, Salah turut mendakwa kartun itu memaparkan kega­nasan dalam bentuk yang lucu.

“Kartun itu juga menghantar mesej yang jelas iaitu sesiapa sahaja boleh mengalahkan orang lain dengan meletupkannya. Per­kara itu kini dianggap biasa,” dakwanya ketika berucap di Universiti Kaherah baru-baru ini.

Di sebalik dakwaan Salah, agensi berita itu menambah, kerajaan Mesir bagaimanapun masih belum mengambil sebarang tin­dakan termasuk menapis penyiaran kartun itu atau permainan video yang berkaitan.

‘Tom and Jerry’ iaitu watak seekor kucing dan tikus yang selalu bertengkar merupakan hasil ciptaan William Hanna dan Joseph Barbera yang diterbitkan oleh sya­rikat Metro-Goldwyn-Mayer.

Menurut Hanna dan Barbera, ‘Tom and Jerry’ yang diterbitkan sebanyak 114 siri antara tahun 1940 hingga 1957 itu pernah memenangi tujuh Anugerah Akademi menerusi siri asal kartun itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!