26 Mei 2016


Wanita India dari dua negeri di bahagian selatan negara itu dilaporkan dijual seperti produk kedai runcit ke negara Arab di Teluk Parsi, menurut menterinya.

Menteri untuk kebajikan bukan penduduk India, Palle Raghunatha Reddy, menghantar surat kepada Menteri Luar Sushma Swaraj minggu lalu, bagi menyampaikan nasib rakyat negara berkenaan di Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait.

Katanya, pekerja wanita dari Andhra Pradesh dan negeri jiran Telangana dijual pada harga AS$6,000 (RM25,000) di Saudi dan antara AS$1,500 (RM6,000) hingga AS$3,000 (RM12,000) di Bahrain, UAE serta Kuwait.

“Ramai wanita dipenjara kerana tinggal melebihi tempoh visa. Mereka perlu dibawa pulang ke kawasan asal dengan selamat dengan menyediakan perjalanan percuma dan dokumen visa pada kadar segera.

“Arahan perlu dikeluarkan kepada pegawai kedutaan di negara Teluk Parsi untuk campur tangan dalam perkara itu dan memberikan bantuan dari segi makanan, pakaian serta tempat tinggal kepada mereka,” katanya.

Menurut Kerajaan India, kira-kira enam juta migran India ke negara tersebut akibat terpedaya dengan ejen pengambilan pekerja yang mendakwa akan dibayar tiga kali ganda lebih tinggi daripada negara sendiri.

- Gambar hiasan
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!