25 Mei 2016


Dua individu yang mendakwa waris kepada ikon pop, Prince menolak cadangan pihak pengurusan harta untuk melakukan ujian genetik. 

Prince yang ditemui mati pada 21 April tanpa sebarang wasiat dan waris yang sah, meninggalkan harta yang nilainya boleh mencecah ratusan juta dolar termasuk simpanan hasil kerja seni mendiang yang belum diterbitkan. 

Badan pentadbir harta, Bremer Trust, yang ditugaskan menguruskan harta Prince, berkata minggu lalu ia mungkin akan meminta dan membayar kos untuk individu yang mendakwa waris kepada bintang yang popular menerusi lagu Purple Rain itu menjalani ujian genetik. 

Kes yang difailkan Selasa lalu mendapati, dua individu yang baru-baru ini tampil sebagai waris berkata mereka sudah memberikan bukti secukupnya mengikut undang-undang mengenai hubungan mereka dengan Prince. 

Bantahan itu dikemukakan Brianna Nelson, yang mendakwa beliau adalah anak tunggal kepada abang tiri Prince, Duane Nelson. Seorang lagi adalah Carlin Williams, seorang banduan berusia 39 tahun dari Kansas City. Ibu Williams mendakwa dirinya adalah hasil hubungan dengan penyanyi rock itu di sebuah hotel pada tahun 1976.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!