8 Jun 2016


Hong Kong, semalam telah memusnahkan lebih 4,500 burung selepas virus influenza A, H7N9 yang membawa maut ditemui pada ayam di sebuah pasar tempatan di Hong Kong.

Selain itu, penjualan ayam hidup turut digantung apabila virus ditemui dalam sampel najis yang dikumpul daripada haiwan tersebut di pasar Tuen Mun, dekat kejiranan di bahagian barat Hong Kong.

Menteri Kesihatan, Ko Wing Man berkata, bandar itu kini diletakkan dalam kawalan berjaga-jaga selepas penemuan virus itu diumumkan, kelmarin.

Difahamkan, selepas wabak Sars melanda 2003 dan meragut 299 nyawa serta menjangkiti sekitar 1,800 yang lain, Hong Kong kini amat peka dengan sebarang penularan virus yang boleh menjejaskan rakyatnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!