3 Jun 2016


Lapan wanita maut apabila dipijak mati ketika orang ramai menyerbu sebuah acara memberi zakat dianjurkan oleh sebuah badan kebajikan di Mauritania menjelang bulan Ramadhan akan datang.

Sejumlah besar orang ramai berkumpul di Nouakchott untuk menerima zakat berjumlah AS$33.55 (RM 137.97) bagi setiap seorang yang diedarkan oleh ahli perniagaan, Zeine Abidine Ould Cheikh Ahmed.

Menurut seorang saksi, kesemua mangsa terjatuh menyebabkan mereka dipijak tanpa disedari oleh orang ramai yang menyerbu acara berkenaan.

- Gambar hiasan

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!