9 Jun 2016


Seorang ahli Parlimen Kanada mendapat pujian netizen, terutamanya mereka yang beragama Islam, selepas mengakui berpuasa penuh pada tahun lalu.

Mark Holland, ahli Parlimen Ajax, Ontario, juga memaklumkan hasratnya untuk sekali lagi melakukannya tahun ini.

Ketika membuat kenyataan di Parlimen pada Isnin lalu, Holland turut memaklumkan apa yang dilakukan itu bukan sahaja untuk menghormati ribuan penganut agama Islam di negara itu, tetapi juga dilakukan untuk menyokong sebuah program kebajikan, Give30.

Give30 menyasarkan untuk menyalurkan wang yang biasa digunakan untuk membeli makanan, ke badan-badan kebajikan dan bank makanan di seluruh Kanada.

Holland menyifatkan berpuasa sebagai pengalaman yang sangat berharga.

"Saya berasa lega apabila dapat berbuka puasa. Tetapi tidak begitu bagi kanak-kanak yang hidup serba kekurangan.

"Mereka terpaksa meneruskan kehidupan dengan apa sahaja yang ada," kata Holland.

Program kebajikan itu diharapkan dapat memberi perbezaan kepada golongan yang tidak berkemampuan, sekaligus menggunakan kelebihan bulan Ramadan untuk mendidik orang ramai untuk memahami penderitaan yang dialami sebahagian anggota masyarakat.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!