14 Jun 2016


Selama berpuluh tahun selepas legenda tinju dunia, Cassius Clay menganut Islam dan menukar namanya, akhbar di tempat kelahirannya masih enggan memanggilnya Muhammad Ali. 

Hanya 50 tahun selepas itu, akhbar The Courier-Journal, akhbar harian di Louisville meminta maaf kerana berterusan memanggilnya Cassius Clay selepas Muhammad Ali memeluk Islam pada tahun 1964. 

Namun akhbar itu masih tidak secara konsisten merujuk juara tinju dunia itu sebagai Muhammad Ali sehingga tahun 1970. Ali meninggal dunia pada 3 Jun lalu dan dianggarkan lebih 100,000 orang berbaris di jalan raya di Louisville untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada Ali pada hari pengebumiannya, Jumaat lalu. 

Pengarang Eksekutif akhbar itu, Neil Budde menulis dalam ruangan editorialnya semalam mengenai rentetan peristiwa bagaimana akhbar itu selama bertahun-tahun enggan memakai nama Islam Muhammad Ali atau sengaja memperolok-oloknya. 

"Malah, kami tidak pernah membuat spekulasi apa motif pengarang pada era berkenaan. Akhbar CJ sebenarnya adalah juara paling awal dalam memperjuangkan hak asasi dan penghapusan kaum. 

"Namun itulah pendekatan yang kami teruskan hari ini mengenai isu spesifik dalam hubungan antara kaum yang sama diperjuangkan Ali sejak zaman yang bermasalah lagi," katanya. 

Akhbar itu serta banyak lagi akhbar dan majalah di serata Amerika yang terus memanggil Ali sebagai Cassius Clay, meskipun selepas bertahun-tahun Ali menganut dan memperjuangkan Islam. 

Budde berkata, wartawan Joe Gerth membuat penyelidikan sejarah akhbar dan pengarang yang berdebat mengenai cara yang sesuai untuk menjelaskan perkara itu selepas kematian Ali. 

Justeru akhbar itu menerbitkan siri artikel mengenai pengebumian dan upacara penghormatan yang diberikan penduduk bandar itu sejak seminggu lalu. Pengarang akhbar itu kemudian memutuskan untuk memohon maaf. 

Beliau membandingkan bagaimana penjelasan muka depan Lexington Herald-Leader pada 2004, di mana akhbar itu meminta maaf kerana gagal selama 40 tahun lalu membuat liputan yang betul mengenai pergerakan hak asasi

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!