15 Jun 2016


Seorang bayi perempuan di India yang dilahirkan tanpa kulit pada Sabtu lalu, meninggal dunia awal pagi Isnin.

Bayi itu disahkan mengalami Harlequin Ichthyosis, sejenis kecacatan yang dilaporkan berlaku dalam setiap 300,000 kelahiran.

Kerana kecacatan itu, badan bayi malang itu diselaputi lapisan keras yang merekah dan organ dalamannya juga dapat dilihat dengan jelas.

Organ fizikalnya, seperti mulut, mata dan telinga, tidak terbentuk dengan sempurna.

The Hindustan Times melaporkan bayi itu dilahirkan dengan berat 1.8 kilogram oleh seorang wanita berusia 23 tahun di Maharashtra.

Pakar pediatrik terkemuka India, Dr Uday Bodhankar, dalam satu laporan akhbar memberitahu, kecacatan seperti yang dialami bayi itu boleh dikesan ketika kandungan berusia empat bulan melalui imbasan ultrasound atau ujian sonogram.

Sebelum ini, beberapa kes kecacatan yang sama pernah dilaporkan, antaranya di Pakistan pada tahun 1984 dan di Amerika Syarikat pada tahun 1994.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!