10 Jun 2016


Seekor burung camar menerima nasib ‘malang’ berganda apabila bukan saja tidak dapat mendapat habuan daging yang cuba dicuri dari sebuah kilang makanan, malah terjatuh pula ke dalam sebuah tong berisi sos kari.

Kejadian itu mengejutkan pekerja di kilang memproses makanan itu, lebih-lebih lagi apabila burung yang diangkat keluar dari tong tersebut bertukar warna menjadi jingga terang.

Portal berita The Telegraph melaporkan, burung itu cuba mencuri cebisan daging namun tidak dapat mengawal penerbangannya yang tergopoh-gopoh lalu terjatuh ke dalam sebuah bekas sos kari tikka masala.

Oleh kerana kesedaran melindungi hidupan liar menjadi tanggungjawab orang awam, burung itu segera dikeluarkan dari tong itu dan digegaskan ke Hospital Hidupan Liar Vale di Tewkesbury.

“Burung itu menjadi warna jingga terang. Selama ini kami pernah membersihkan burung yang diselaputi minyak dan gam, namun tidak pernah pula berdepan situasi  sebegini,” ujar jururawat veterinar Lucy Kells.

Tambahnya, burung camar yang kemudian mendapat jolokan nama Gullfrazie itu mungkin sakit atau mati jika tidak segera diselamatkan dan dirawat.

“Ia mudah dibersihkan kerana tidak berada dalam tong itu terlalu lama. Mujur serbuk kunyit yang digunakan dalam sos itu tidak merosakkan bulu-bulunya dengan teruk,” kata Kells.
Proses pembersihan burung itu turut dimuat naik di akaun YouTube hospital berkenaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!