2 Jun 2016


Seorang remaja berusia 16 tahun yang terbang dari China ke Dubai untuk menjadi pengemis selepas bersembunyi dalam ruang kargo, ditangkap pihak berkuasa, di sini.

Remaja itu menyusup masuk ke dalam sebuah pesawat syarikat penerbangan Emirates di sebuah lapangan terbang di Shanghai, lapor akhbar Chengdu Economic.

Dia ditangkap selepas pesawat berkenaan mendarat di Dubai setelah menghabiskan masa sembilan jam setengah dalam kapal terbang itu.

Remaja yang namanya tidak didedahkan itu berasal dari wilayah Sichuan.

Menurutnya, dia bertindak demikian selepas mengetahui pengemis di Dubai boleh meraih pendapatan sehingga 500,000 yuan (RM315,000) sebulan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!