24 Jun 2016


Seorang pemain bola sepak di Sweden tidak berpuas hati selepas dia dilayangkan kad merah oleh pengadil akibat kentut ketika beraksi di padang.

Pemain bek kiri kelab Pershagen SK, Adam Lindin Ljungkvist memberitahu, dia dibuang padang ketika perlawanan menentang kelab Jarna SK pada minggu lalu.

Ljungkvist, 25, berkata, ketika perlawanan dia sakit perut dan terus mengeluarkan angin.

“Secara tiba-tiba pengadil yang berada berhampiran melayangkan kad kuning kedua dan seterusnya kad merah kepada saya.

“Saya terkejut dan bertanya kepada pengadil: Adakah saya tidak dibenarkan untuk membuang angin? dan pengadil menjawab tidak,” katanya.

Penyerang Jarna SK, Kristoffer Linde memberitahu, ketika kejadian dia berada berhampiran Ljungkvist dan pengadil perlawanan.

“Saya boleh mendengar dengan kuat dan jelas Ljungkvist melepaskan angin di padang.

“Ia perkara paling pelik yang pernah saya alami sejak bermain bola sepak pada usia lapan tahun lagi,” katanya.

Sementara itu, pengadil berkenaan, Dany Kako berkata, Ljungkvist sengaja mahu mencetuskan provokasi ketika perlawanan.

“Dia sengaja membuang angin dan ia satu tindakan yang tidak sopan. Atas sebab itu saya melayangkan kad merah,” jelasnya.

Dalam perlawanan liga divisyen ketujuh Sweden itu, Pershagen SK dibelasah Jarna SK apabila tewas 6-2.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!