24 Jun 2016


Adakah kejadian masa silam sentiasa kembali menghantui anda? Jangan menafikannya kerana DNA tidak menipu.

Seorang lelaki yang merogol seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun pada  2002 ditangkap secara kebetulan apabila dia ditahan dan disiasat bagi satu kes curi yang tidak berkaitan pada 2014, akhbar The Straits Times melaporkan pada Khamis.

Laporan itu berkata bahawa pada Rabu, lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan dihukum penjara 16 tahun setengah dan 18 sebatan.

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tukang kayu rakyat Malaysia Lee Ah Choy, sekarang berusia 37 tahun, mempunyai isteri dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun yang tinggal di Johor Bahru.

Mereka tidak tahu tentang kesalahan itu, yang dilakukan Lee ketika dia berusia 23 tahun, kata laporan itu.

Menurut laporan itu, Lee yang bekerja di Singapura pada 2002 dan 12 tahun kemudian, dia ditangkap dan disiasat kerana mencuri dan profil DNA Lee sepadan dengan DNA perogol.

Selain rogol, Lee turut mengaku bersalah terhadap kesalahan mencabul  kehormatan dan melakukan ugutan jenayah.

Laporan itu berkata pertuduhan keempat iaitu menculik diberi pertimbangan semasa menjatuhi hukuman.
Hukuman penjara ke atas Lee bermula dari 23 Jan tahun lepas, apabila dia ditahan reman.

Kerana merogol gadis bawah umur 14 tahun, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan 12 sebatan, kata laporan itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!