28 Jun 2016


Media di Britain menghentam pasukan bola sepak England dengan mengatakan pasukan itu sebagai keliru, tidak teratur dan memalukan selepas kekalahan 2-1 kepada Iceland pada EURO 2016, awal pagi tadi. 

Daily Mail membandingkan kekalahan di Nice kepada kekalahan 1-0 England kepada pasukan Amerika Syarikat pada Piala Dunia 1950 di Brazil dan juga undian pungutan suara minggu lalu untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. 

"Ramai orang di England cuba untuk mengingati perkara lalu dalam beberapa hari ini - dan Roy Hodgson berjaya mengingatkan semula kepada Belo Horizonte pada 1950," menurut akhbar itu. "Tidak sejak Piala Dunia, 66 tahun lalu, di mana England dimalukan sama seperti ini. 

Ditewaskan Iceland - negara yang populasi sama saiz dengan Leicester, bermain dalam kejohanan antarabangsa pertama mereka." The Times pula menulis England sebagai "Keliru. Benar-benar keliru." "England kekurangan pimpinan daripada Roy Hodgson, yang meletak jawatan serta merta selepas perlawanan, di sini. Mereka kekurangan idea. 

Mereka tidak dapat mengawal perasaan. Mereka kurang kreativiti." The Times memuji Iceland yang pemainnya dibayar lebih rendah di liga bawah England seperti kelab Cardiff dan Charlton Athletic. Merujuk kepada undian Kesatuan Eropah juga, akhbar itu menambah: "Eropah tidak akan merindui England." The Guardian menyatakan peletakan jawatan Hodgson adalah tidak dapat dielakkan

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!