8 Jun 2016


Seorang buruh dijatuhi penjara selama setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati bersalah menghantar 14 komen jelik dan bersifat menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook pada Mac lalu.

Hakim Sabariah Atan menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Muhammad Amirul Azwan Mohd. Shakri, 19, mengaku bersalah atas kesemua 14 pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Muhammad Amirul Azwan didakwa melakukan perbuatan tersebut menerusi laman sosial berkenaan atas nama ‘Miyo Castello’ dengan niat untuk menyakiti hati Tunku Ismail.

Tertuduh yang berasal dari Tumpat, Kelantan didakwa melakukan perbuatan terbabit antara Mac dan April lalu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!