2 Jun 2016


Hanya kerana isu warna peta yang menimbulkan persepsi bahawa pulau-pulau Indonesia ‘dimiliki’ Singapura, pemerintah Indonesia telah menghantar pasukan keselamatan ke gugusan pulau kecil miliknya yang sedang dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.

Ahli Parlimen Indonesia juga menyeru agar kedaulatan republik itu dipertahankan berikutan kemarahan yang tercetus dalam pembangunan Funtasy Island berkenaan, lapor AFP.

Di laman web Funtasy Island itu, warna pulau-pulau kecil berkenaan pada awalnya ditanda dengan warna biru, iaitu sama dengan warna peta Singapura, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan media Indonesia.

Media Indonesia menghangatkan isu itu dengan melaporkan ia sebagai ‘usaha merampas hak milik Indonesia dalam senyap’.

Kedua-dua pemerintah berusaha untuk meredakan kemarahan, dengan Menteri Luar Singapura berkata pihaknya hairan kerana pulau-pulau itu tidak pernah didakwa sebagai milik mereka, manakala Jakarta mengeluarkan kenyataan bahawa ia hanyalah kesilapan kecil.

Enam pulau kecil itu juga akhirnya ditanda dengan warna merah dalam peta laman web tersebut untuk menunjukkan bahawa ia milik Indonesia.

Media Indonesia telah menghangatkan situasi dengan melaporkan ia sebagai ‘usaha merampas hak milik Indonesia dalam senyap’.
a
Insiden itu telah membuatkan pasukan tentera Indonesia digegaskan dari sebuah pangkalan tempatan ke resort tersebut untuk memacakkan bendera Indonesia di puncak tertinggi pulau-pulau berkenaan.

Ketua Jabatan Pelancongan Guntur Sakti berkata pihaknya sudah menghantar peringatan kepada Singapura mengenai peta itu, manakala speaker Parlimen Indonesia Ade Komaruddin memberitahu portal berita Tribunnews bahawa ‘kedaulatan Indonesia mesti dipertahankan’.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir, menjelaskan bahawa ia hanya kesilapan yang dilakukan kumpulan pemaju Funtasy Island Development, yang membangunkan resort itu.

“Isu ini sudah diselesaikan. Kesilapan itu sudah diperbetulkan,” ujarnya.
Funtasy Island Development dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa kumpulan pulau kecil itu memang milik Indonesia dan pihaknya tidak pernah mendakwa resort itu dalam wilayah Singapura.

Ia menambah peta itu hanya ‘untuk menunjukkan lokasi Funtasy Island Resort dan jaraknya dengan Singapura’.

Laman web ressort itu mencanang pembangunan yang terletak sejauh 16 kilometer dari Singapura tersebut sebagai projek eko-resort terbesar dunia, dengan pengunjung boleh menginap di vila dan menikmati alam semula jadi serta sukan air.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!