21 Jun 2016


Pemain sayap Switzerland, Xherdan Shaqiri berkata dia berharap pembekal jenama sukan, Puma tidak membuat kondom selepas beberapa pemain pasukan itu menamatkan aksi terakhir mereka menentang Perancis pada Euro 2016 dengan jersi koyak. 

Syarikat dari Jerman itu menyalahkan pembekal kain jersi itu selepas empat pemain Switzerland, - Admir Mehmedi, Breel Embolo, Blerim Dzemaili dan Granit Xhaka - terpaksa menukar jersi mereka di babak pertama perlawanan ketika seri dengan Perancis dalam aksi Kumpulan A di Lille, semalam. 

Xhaka yang menjadi pemain terbaharu Arsenal terpaksa menukar jersinya sekali lagi di babak kedua. "Saya harap Puma tidak menghasilkan kondom," kata Shaqiri. 

Bekas penyerang England, Gary Lineker mengambil peluang untuk berjenaka apabila memuat naik status di Twitter: 

Bola jenama Adidas pula pecah. Jelas, kamu tidak boleh bergantung kepada kualiti barang yang dikeluarkan Jerman."

Dalam perlawanan yang sama, bola jenama Adidas yang digunakan pecah selepas terjahan daripada pemain tengah Switzerland, Valon Behrami.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Puma, mereka berkata pasukan yang ditaja Puma sudah beraksi dalam 10 perlawanan di Euro 2016 tanpa mengalami masalah yang melanda ketika ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!