3 Jun 2016


Lelaki terkaya China, Wang Jianlin (gambar kecil) membuka sebuah taman tema berharga £2.05 bilion (RM12.28 bilion) yang dikenali sebagai Wanda City di sini baru-baru ini.

Wanda City yang didirikan di atas tanah seluas 80 hektar itu mempunyai akuarium terbesar dunia dan permainan roller-coaster terpantas, terpanjang serta terbesar di China.

Taman itu juga dilengkapi taman hiburan luar, taman tema dalaman, pusat beli-belah termasuk panggung wayang, 50 buah restoran dan sembilan hotel. Seramai 10 juta pengunjung dijangka melawat taman tema itu tahun ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!