Pelakon dan pelawak terkenal, Acappan menafikan sudah memeluk agama Islam seperti yang didakwa menerusi media sosial di internet.
Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, gambar yang didakwa beliau telah memeluk agama Islam sebenarnya dirakam semasa memenuhi undangan berbuka puasa di sebuah masjid di Salak Tinggi, Sepang.
“Saya merakam gambar bersama ahli-ahli masjid itu hanya sebagai tanda kenangan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam ketika diminta mengulas dakwaan beliau memeluk Islam dan menukar nama kepada Shahrin Abdullah.