8 Jun 2016


AMERIKA TENGAH. Sorang wanita diburu selepas video menunjukkan beliau memijak anaknya menjadi viral di laman sosial Facebook, semalam.

Dalam video tersebut, wanita tersebut dilihat bukan setakat memijak dada anaknya, malah berdiri di atas dada kanak-kanak malang tersebut.

Beliau kemudian mengheret anaknya yang sedang menangis di atas jalan yang penuh pasir dan batu-batu kasar dengan ganas.

Pendakwaraya, Lesbia Salguero mengatakan pihak berkuasa sudah menyerbu kediaman wanita terbabit tetapi suspek sudah melarikan diri.

"Kita ada banyak cara untuk mengawal anak-anak kita," kata Lesbia.

"Kita akan kecewa dengan mereka dan akan ada masalah, tetapi itu bukan cara kita mengajar mereka," kata Lesbia lagi.

Laporan media tempatan, Prensa Libre mengatakan kanak-kanak tersebut berusia enam tahun dan kejadian berlaku di La Baritta.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!