14 Jun 2016


PKR perlu sedar tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad merupakan individu yang menimbulkan masalah kepada mereka sejak dahulu lagi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah Dr Mahathir itu juga sekali gus menjejaskan kredibiliti individu yang bergelar negarawan itu.

Katanya, ia turut berlawanan dengan sikap Dr Mahathir kebelakangan ini yang dilihat cuba berbaik-baik dengan pimpinan PKR sendiri.

"Orang PKR mesti kena ingat siapa yang menjadi punca segala masalah ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Tun Mahathir.

"Jadi sekarang Tun Mahathir cuba dekati diri dengan mereka, saya tidak tahu apa agenda dia tetapi saya rasa kecewa. Sepatutnya sebagai pemimpin BN dan negarawan yang dihormati pada satu ketika, kini dia telah menjatuhkan kedudukan dirinya," katanya semasa sidang media pada Majlis Silaturrahim bersama masyarakat Kuala Kangsar di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wah Ismail dan anaknya Nurul Izzah berjuang sendirian untuk pembebasan Anwar.

Sementara nama-nama besar lain dalam PKR seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung dan Naib Presiden, Rafizi Ramli, Tian Chua dilihat lebih menyokong Dr Mahathir.

Situasi itu menjadikan parti itu dilihat bergolak sehingga ada kumpulan di dalam PKR sendiri menolak 'Deklarasi Rakyat' yang dibawa Dr Mahathir akhir-akhir ini.
Pada majlis sama Dr Wan Junaidi turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi daerah Kuala Kangsar untuk pelaksanaan 49 kerja-kerja kecil.

Ia merangkumi kerja pembersihan sungai serta menaik taraf infrastruktur yang merupakan projek titik sentuhan kepada masyarakat setempat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!