15 Jun 2016


Ramadan tahun ini menjadi yang paling bermakna buat vokalis kumpulan Spring, yang popular dengan pangilan Ameng selepas dibebaskan daripada Penjara Kluang di sini semalam selepas lima tahun menjalani hukuman penjara akibat terjebak dengan najis dadah.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan Penjara Kluang apabila pembebasan Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, di­sambut oleh isteri, Sabariah Zakaria, 46, dan anak mereka Wan Amar Haikal, 9, pada pukul 12.15 tengah hari semalam.

Ameng semasa ditemui sebaik dibebaskan menyifatkan, pengalaman menjalani hukuman penjara merupakan yang teruk pernah dilalui kerana dia menjadi murung hampir setahun ketika berada di penjara.

Kemurungannya itu berpunca daripada rasa sedih kerana berjauhan daripada keluarga, hilang harta dunia dan kemasyhuran.

“Hari ini (semalam) saya amat bersyukur kerana de­ngan rahmat Allah, sokongan kawan dan keluarga terdekat, saya berjaya menghabiskan hukuman.

“Pengalaman hidup dalam penjara adalah tempoh pa­ling sukar dalam hidup saya dan apabila diberitahu hukuman dipendekkan saya berasa amat gembira,” ceritanya.

Selain itu, Ameng turut bercerita mengenai hukuman 10 sebatan yang dikenakan dengan memberitahu, walaupun sebatan itu sudah berlalu lima tahun lalu tetapi ia tetap berbekas di hatinya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!