9 Jun 2016


Talian internet di semua komputer yang digunakan oleh penjawat awam di republik ini akan disekat bermula Mei tahun depan, lapor akhbar The Straits Times semalam.

Menurut akhbar berkenaan, langkah yang dianggap mengejutkan itu dibuat atas faktor-faktor keselamatan di negara yang kebanyakan penduduknya melayari internet.

Memo mengenai arahan sekatan internet itu sedang diedarkan kepada semua agensi pemerintah, kementerian dan badan berkanun di republik itu.

Setakat ini, terdapat kira-kira 100,000 komputer digunakan oleh penjawat awam negara tersebut yang akan terlibat dengan peraturan baharu itu.

“Pemerintah Singapura sentiasa mengkaji langkah-langkah berkaitan penggunaan teknologi maklumat untuk menjadikan rangkaian kami lebih selamat,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pembangunan Informasi dan Komunikasi (IDA) republik itu ketika dihubungi akhbar tersebut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!