3 Jun 2016


Pengurus Arsenal Arsene Wenger, aktres Perancis-Amerika Julie Delpy dan bintang Abba, Bjorn Ulvaeus, adalah antara 140 selebriti Eropah yang menandatangani ‘surat cinta kepada rakyat Britain’ pada Khamis, lapor AFP.

Surat itu, yang juga ditandatangani bekas pengurus Liverpool dari Perancis, Gerard Houllier, dan pengarah filem Belanda, Paul Verhoeven, menyuarakan harapan mereka agar rakyat Britain mengundi untuk terus berada dalam Kesatuan Eropah dalam sebuah referandum bulan ini.

“Ini bukan sekadar perjanjian tentang penglibatan negara namun tentang ikatan rasa kekaguman dan kasih sayang. Kami semua berharap anda semua akan mengundi untuk memperbaharuinya,” ujar surat itu yang diterbitkan dalam majalah Times Literary Supplement.

Bintang filem Highlander, Christopher Lambert, model yang juga aktres Isabella Rossellini, serta usahawan restoran Raymond Blanc juga antara mereka yang menandatangani surat berkenaan.

“Ia akan jadi keputusan anda, dan kami akan menerimanya. Walau bagaimanapun, jika ini dapat membantu mereka yang masih belum membuat keputusan, kami ingin menzahirkan betapa kami menghargai United Kingdom terus berada dalam Kesatuan Eropah,” jelas surat itu.

Undian pendapat menjangkakan satu per lima pengundi British masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu menjelang hari pengundian pada 23 Jun ini.

Tanpa kumpulan yang belum membuat keputusan itu, peratusan golongan yang mahu terus berada dalam Kesatuan Eropah adalah 51 peratus manakala 49 peratus pula mahu keluar.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!