15 Jun 2016


PAKISTAN. Sekumpulan ulama terkenal di Pakistan telah mengeluarkan fatwa berhubung pembunuhan bermaruah' dan menyifatkannya sebagai dosa besar.

Fatwa dikeluarkan Majlis Ittehad Sunni (SIC) kelmarin, dibuat selepas seorang remaja Zeenat Bibi dari Lahore, dibakar hidup-hidup oleh ibunya minggu lalu kerana berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri.

Menurut Setiausaha Agung SIC, Mufti Saeed Rizvi, Islam membenarkan golongan wanita memilih pasangan untuk dikahwini asalkan kedua-dua belah pihak bersetuju.

"Oleh itu, pembunuhan biasa atau dengan cara kejam seperti dilakukan kepada Zeenat yang tidak bersalah sememangnya satu dosa besar.

"Semua ulama mengutuk keras tindakan tersebut dan mengisytiharkan ia sebagai menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan, tidak demokratik dan beretika, dan ia mesti dihentikan," katanya.

Fatwa itu turut menggesa kerajaan menggubal undang-undang baharu untuk menghukum pesalah yang melakukan 'pembunuhan maruah', di samping mewujudkan kempen kesedaran mengenai perkara tersebut
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!