29 Julai 2016


Beijing: Seorang anggota bomba popular di media sosial di China selepas gambarnya memakan satu besen mi segera tersebar di Internet.

Anggota bomba berkenaan, Bu Wenming dan rakannya dilaporkan berlatih tanpa henti selama dua hari dan kembali semula ke balai pada awal pagi.

Kerana terlalu lapar, mereka semua menyerbu ke dewan makan dan mendapati hanya mi segera dihidangkan.

Selepas menjamu selera beberapa anggota bomba masih tidak menghabiskan hidangan mereka dan meninggalkan banyak lebihan makanan.

Akibat terlalu lapar, Bu mengumpulkan semua lebihan makanan itu dalam sebuah besen besar sebelum memakannya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!