28 Julai 2016


JEPUN. Suspek serangan sebuah faksiliti penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku ' impikan sebuah dunia tanpa OKU'.

Laporan CNN mengatakan Satoshi Uematsu, 26 menulis hasratnya dalam sebuah surat beberapa bulan sebelum kejadian Selasa lepas.

"Saya mempunyai kemampuan untuk membunuh 470 OKU. Saya tahu ini benda yang teruk untuk diperkatakan, tetapi saya impikan sebuah dunia dimana OKU yang mengalami kesusahan untuk bersosial dibenarkan untuk dibunuh (euthanized)," jelas Satoshi.

Satoshi yang pernah menjalani kursus untuk menjadi seorang guru telah memecah masuk sebuah faksiliti OKU di Sagamihara pada Selasa dan menyerang berpuluh-puluh mangsa menggunakan pisau.

Seramai 9 lelaki dan 10 wanita terbunuh manakala 26 yang lain cedera dalam serangan tersebut.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!