Rasa cinta dan keprihatinan terhadap hidupan laut telah mendorong dua orang penyelam dari Turki untuk merakam aksi mereka menyediakan ‘bilik tidur’ di dasar laut berhampiran perairan Fethiye, Aegean, baru-baru ini.
Menurut portal mirror.co.uk, Serap Metinturk, 32, dan Meh-met Bat, 30, juga telah membawa tilam, bantal, cadar, lampu, jam dan permainan pada kedalaman lapan meter dari permukaan.
Gelagat kedua-dua mereka yang begitu teruja berbaring sambil melihat ikan itu dirakam oleh seorang lagi penyelam menggunakan kamera dasar laut.
Menurut Metinturk, aktiviti itu dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepenti-ngan memulihara serta melin-dungi hidupan laut.
“Walaupun agak meletihkan, tetapi amat berbaloi. Saya dapat melihat banyak spesies ikan yang berenang di sekeliling ‘katil’ kami dan pengalaman itu cukup menyeronokkan.
“Ini mungkin dapat membantu orang ramai berfikir tentang sikap mereka yang memusnahkan hidupan di laut,” katanya.