21 Julai 2016


Sebuah kafe di Indonesia mencetuskan kontroversi dengan menyajikan kepada pelanggan sup bebola daging terapung di dalam mangkuk berupa tandas.

Di restoran ‘Cafe Jamban’, pelanggan menjamu selera di kerusi yang diperbuat daripada tandas duduk dan makan hidangan yang diletak di dalam mangkuk berupa tandas cangkung.

Restoran yang terletak di Semarang, Pulau Jawa itu menghidangkan makanan tradisi popular Indonesia iaitu mi bakso dan air koktel buah-buahan.

Bagi pelanggan yang berasa pengalaman ini terlalu memualkan, disediakan juga satu beg muntah di pintu masuk restoran.

Restoran bertemakan tandas bukanlah asing di negara-negara seperti Taiwan dan Rusia dan mula menjadi trend di Indonesia.

Tema sama diaplikasikan di Café Jamban yang bertujuan mendidik orang ramai mengenai kebersihan dan menggalakkan penggunaan tandas.

Kafe ini dibuka sejak April dan pelanggan yang ingin berkunjung perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Pemiliknya, Pakar Kesihatan Awam, Budi Laksono turut menyertakan video kepada pelanggan yang hadir mengenai kebersihan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan khusus untuk fungsi tubuh mereka.

Berjuta-juta rakyat Indonesia hidup di bawah garis kemiskinan dan merupakan negara yang mempunyai kadar tertinggi di dunia bagi bilangan penduduk yang membuang air besar di kawasan terbuka yang menyebabkan penyebaran penyakit.

"Kafe ini berfungsi sebagai peringatan bahawa ramai orang di Indonesia masih tidak mempunyai tandas," kata Laksono, 52.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pendekatan luar biasa itu telah mencetuskan kontroversi di negara majoriti Islam itu.

"Ramai pengkritik berkata kafe adalah tidak wajar dan menyalahi undang-undang Islam," katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!